Tindakan Tambahan

Bar alatan

Halaman bar alatan Produk membenarkan anda untuk menapis kedai tertentu dan masa tertentu denga pantas. Cara ini dapat diselesaikan dengan langkah-langkah yang berikut:

Langkah 1: Pilih Kedai

Tekan butang Shop dan tandakan pada kotak kedai pilihan untuk memilih kedai.

Langkah 2: Pilih Tarikh

Tekan pada butang tarikh pilihan dan pilih tarikh yang anda mahukan.

Langkah 3: Tekan Apply untuk menapis data

Tekan butang Apply untuk mengesahkan pilihan anda dan sistem akan memaparkan semua data yang sesuai mengikut skrin analisis.

Papar Jadual

Untuk membentangkan metrik dengan lebih terperinci, halaman Produk membenarkan anda untuk memilih jenis data yang ingin anda paparkan pada butiran metriks.

Langkah 1: Pilih Nilai Carian

Pilih pilihan kotak antara Produk atau SKU untuk nilai carian.

Langkah 2: Masukkan Nilai Carian

Masukkan nama produk sekiranya nilai carian adalah berdasarkan nama dan tekan butang Enter untuk cari produk.

Eksport data

Langkah 1: Tekan butang Eksport

Anda boleh mula proses eksport dengan menekan pada butang Eksport.

Langkah 2: Sistem akan memberitahu jika fail sudah sedia untuk dimuat turun ke fail anda

Langkah 3: Tekan pada notifikasi untuk memuat turun fail .xlsx

Last updated