Butiran Pesanan
Pra-syarat
Untuk melihat butiran pesanan daripada platform yang berlainan, anda mestilah mengintegrasikan sekurang-kurangnya satu platform yang mengandungi pesanan. Untuk arahan bagaimana cara mengintegrasikan dan menyegerakkan produk daripada platform e-dagang/saluran jualan yang lain, sila pergi ke:
Saluran JualanSenarai Pesanan

Bar carian

Anda boleh menggunakan bar carian diatas untuk:
Melihat tab secara berasingan dengan status pesanan yang berbeza seperti: Unpaid, Pending, Ready to ship, Shipping, Completed, Cancelled, Returned dan Other.
Cari pesanan menggunakan ID Pesanan atau nama pelanggan.
Tapis pesanan yang akan datang daripada kedai tertentu/saluran jualan.
Tapis menggunakan lebih banyak pilihan seperti nilai pesanan, kuantiti produk pesanan, kaedah pembayaran dan juga pembekal penghantaran.

Butiran Pesanan
Anda boleh tekan Order pada senarai pesanan untuk melihat butiran.

Butitan pesanan memberi anda julat yang besar tentang informasi yang berkaitan dengan pesanan anda, termasuklah:
Informasi Umum dengan saluran jualan asli, ID Pesanan, Tarikh Pesanan, Status Semasa Pesanan, Kaedah Pembayaran, Nama Pembekal Penghantaran dan juga ID Penjejak Penghantaran.
Informasi Produk dengan nama produk, kuantiti pembelian, harga per barang, nilai sub-jumlah kesemua barangan.
Informasi Pelanggan dengan nama pelanggan, nombor telefon, alamat emel, dan nota daripada pelanggan.
Butiran pembayaran dengan Sub-jumlah Pesanan, Jumlah Diskaun, Harga Penghantaran, Nilai Pesanan, Harga Platform dan Nilai Sebenar yang diterima.
Untuk memproses pesanan, sila pergi ke:
Proses PesananLast updated