Tambah Produk

Pra-syarat

Untuk melihat butiran produk daripada platform yang berlainan, anda haruslah mengintegrasikan sekurang-kurangnya satu platform yang mengandungi produk. Bagi arahan untuk mengintegrasikan dan segerakkan produk daripada platform e-dagang/ saluran jualan, sila pergi ke :

Saluran Jualan

Tambah produk ke MesraCore

Prosedur menambah produk ke MesraCore membenarkan anda untuk menyegerakkan produk yang baru ditambah ke platform yang berlainan seperti Shopee, Lazada tanpa perlu log masuk secara berasingan ke dalam sistem

Langkah-langkah berikut adalah cara untuk menambah produk:

  • Langkah 1: Mulakan proses penambahan

  • Langkah 2: Isikan maklumat untuk halaman informasi umum

  • Langkah 3: Pindah pada halaman butiran informasi

  • Langkah 4: Isi maklumat yang diperlukan di Lazada (sekiranya produk dipilih untuk ditambah ke Lazada)

  • Langkah 5: Isi maklumat yang diperlukan di Shopee (sekiranya produk dipilih untuk ditambah ke Shopee)

  • Langkah 6: Isi maklumat yang diperlukan di MesraPOS (sekiranya produk dipilih untuk ditambah ke MesraPOS)

  • Langkah 7: Isi maklumat yang diperlukan di MesraWeb (sekiranya produk dipilih untuk ditambah ke MesraWeb)

  • Langkah 8: Semak semula keseluruhan informasi

  • Langkah 9: Sahkan muat naik ke paltform e-dagang yang dipilih

  • Langkah 10: Semak hasil anda

Langkah 1: Tekan butang Add product

Tekan butang Add product diatas kanan skrin. Apabila menekan butang tersebut, anda dikehendaki untuk memasukkan semua informasi yang diperlukan.

Langkah 2: Isi informasi yang diperlukan pada halaman informasi umum

Adalah penting untuk anda mengisi semua informasi yang diperlukan. Ia bukan sahaja diperlukan di dalam sistem MesraCore malah ia akan diintegrasikan kepada platform lain untuk menjayakan proses penyegerakkan.

Informasi yang diperlukan adalah termasuk:

  • Nama produk

  • Butiran produk/penerangan

  • Gambar Produk (minimum 1 gambar)

  • Pembungkusan produk/dimensi

  • Harga produk

  • Stok produk

  • SKU produk

  • Muat naik saluran

  • Pengurusan MesraCore

Sekiranya anda tidak mahir dengan sistem ini lagi, anda boleh pilih untuk membiarkan ianya kosong

Untuk lebih informasi berkenaan bagaimana dan apa yang perlu dimasukkan, sila lawat ke:

Pengurusan SKUPengurusan Stok Rendah

Langkah 3: Tekan Next untuk memproses tab butiran informasi

Didalam butiran tab, anda perlu mengambil tindakan yang diperlukan bagi setiap platform.

Langkah 4: Isikan keperluan Lazada (pilihan)

Sekiranya anda ingin memuat naik produk ke saluran Lazada maka langkah ini adalah wajib untuk dilakukan.

  • Pilih kategori produk yang anda mahu muat naik dan tekan Confirm.

  • Sekiranya produk anda sedia ada dalam pelbagai jenis variasi, anda boleh masukkan informasi variasi barangan anda juga. Langkah ini adalah pilihan sekiranya produk anda tiada variasi, anda boleh langkau tindakan ini.

  • Anda diperlukan untuk pilih jenama bagi produk anda (pilihan No Brand tersedia sekiranya barangan anda tiada jenama)

Langkah 5: Isikan keperluan Shopee (pilihan)

Sekiranya anda ingin memuat naik produk anda ke saluran Shopee maka langkah ini adalah wajib untuk anda lakukan.

  • Pilih kategori produk yang anda mahu muat naik dan tekan Confirm.

  • Sekiranya produk anda sedia ada dalam pelbagai jenis variasi, anda boleh masukkan informasi variasi barangan anda juga. Langkah ini adalah pilihan sekiranya produk anda tiada variasi, anda boleh langkau tindakan ini.

  • Anda diperlukan untuk pilih jenama bagi produk anda (pilihan No Brand tersedia sekiranya barangan anda tiada jenama).

  • Shopee memerlukan anda untuk pilih pembekal penghantaran, kutipan sendiri, atau penghantaran standard sebagai pilihan lalai.

Langkah 6: Isikan keperluan MesraPOS (pilihan)

Sekiranya anda ingin memuat naik produk ke saluran MesraPOS maka langkah ini adalah wajib untuk anda lakukan.

  • Pilih kategori produk yang anda mahu muat naik dan tekan Confirm.

Buat masa sekarang MesraCore tidak menyokong tindakan untuk memuat naik/segerakkan produk dengan pelbagai variasi ke dalam MesraPOS lagi.

  • Sekiranya terdapat pilihan untuk anda pilih pembekal bagi produk anda dan anda boleh tinggalkan pilihan ini kosong.

Langkah 7: Isikan keperluan MesraWeb

Sekiranya anda ingin memuat naik produk ke saluran MesraWeb kemudian langkah ini adalah wajib untuk anda lakukan.

  • Pilih kategori produk yang anda mahu muat naik dan tekan Confirm.

  • Sekiranya produk anda sedia ada dalam pelbagai jenis variasi, anda boleh masukkan informasi variasi barangan anda juga. Langkah ini adalah pilihan sekiranya produk anda tiada variasi, anda boleh langkau tindakan ini.

  • MesraWeb memerlukan anda untuk memaparkan setiap gambar bagi setiap variasi. Oleh itu, anda perlu memuat naik sekurang-kurangnya satu gambari bagi SETIAP variasi.

  • Anda juga diperlukan untuk memilih jenama bagi produk anda (Sila cipta No Brand di sistem MesraWeb kerana pilihan bagi No Brand tidak ada bagi produk anda).

Langkah 8: Semak keseluruhan informasi sebelum tambah dan segerakkan produk kepada platform yang dipilih

Tekan butang Next untuk anda teruskan dibahagian semakan informasi dimana anda disediakan dengan ringkasan yang akan dimuat naik bagi setiap platform.

Ringkasan Muat Naik Produk (1/4)
Ringkasan Muat Naik Produk (2/4)
Ringkasan Muat Naik Produk (3/4)
Ringkasan Muat Naik Produk (4/4)

Langkah 9: Muat naik produk ke platform e-dagang

Tekan butang Upload di bawah kanan untuk meneruskan proses muat naik. Tekan Confirm pada tanda papan amaran.

Ini akan mengambil masa selama beberapa minit untuk sistem MesraCore memuat naik/segerakkan produk ke semua platform.

Langkah 10: Semak hasil anda

Anda dinasihatkan supaya anda sentiasa pastikan bahawa anda pasti tiada sebarang kesilapan yang berlaku sepanjang proses muat naik.

Halaman senarai produk di Shopee
Halaman senarai produk di Lazada
Halaman senarai produk di Web Store
Halaman senarai produk di MesraPOS
Status muat naik produk di MesraCore

Last updated