Sunting Informasi Kumpulan Produk

Kaedah 1 - Menyunting informasi satu kumpulan produk

Anda boleh menyunting butiran kumpulan produk dengan mengikuti langkah-langkah utama berikut:

  • Pilih kumpulan produk yang anda ingin sunting

  • Sunting/Kemas kini maklumat kumpulan

  • Sahkan keputusan anda

Langkah 1: Tekan pada baris yang mengandungi kumpulan produk

Anda boleh memilih kumpulan produk untuk disunting dengan menekan baris yang mengandungi kumpulan tersebut.

Langkah 2: Sunting/Kemas Kini informasi kumpulan

Anda boleh ubahsuai secara langsung nama daripada kumpulan produk atau penerangan kumpulan produk dalam kotak nota.

Langkah 3: Sahkan keputusan anda

  • Anda boleh menekan pada butang Update pada senarai butang Actions untuk mengemaskini informasi ke pangkalan data ATAU

  • Anda boleh tekan pada butang Skip untuk batalkan proses dan pulang ke senarai kumpulan produk.

Kaedah 2 - Sunting pelbagai informasi kumpulan produk

Untuk menyunting/mengemaskini informasi pelbagai kumpulan produk dalam pada masa yang sama, anda boleh ikuti langkah-langkah ini:

  • Mulakan proses import

  • Sediakan fail .xlsx yang baharu dengan informasi yang dikemaskini (penerangan sahaja) bagi kumpulan produk.

  • Import fail .xlsx

  • Sahkan keputusan anda

Langkah 1: Tekan pada butang excel untuk megimport.

Anda boleh tekan pada butang excel di bahagian sudut atas kiri untuk memulakan proses penambahan.

Lankah 2: Sediakan fail dengan penerangan kumpulan produk baharu untuk dimuat naik

Anda perlu memasukkan informasi yang diperlukan untuk penerangan baharu di dalam fail .xlsx.

Langkah 4: Muat naik fail .xlsx ke dalam sistem

Anda boleh menekan pada butang Upload dan pilih fail yang betul daripada peranti anda untuk memuat naik ke dalam sistem MesraPOS.

Langkah 5: Sahkan keputusan anda

  • Anda boleh tekan pada butang Save untuk menyimpan data kumpulan baharu ke dalam sistem dan pulan ke skrin kumpulan produk ATAU

  • Anda boleh tekan pada butang Cancel untuk membatalkan proses dan pulang semula ke skrin kumpulan produk.

Last updated