Tambah Pelanggan
Kaedah 1 - Menambah satu pelanggan
Ini terdiri daripada langkah-langkah utama berikut:
Mulakan proses tambah
Isikan butiran yang diperlukan
Sahkan keputusan anda
Langkah 1: Tekan butang Add customer
Anda boleh tekan butang Add customer di bahagian atas kiri skrin untuk memulakan proses penambahan.
Langkah 2: Isikan butiran
Anda perlu mengisi maklumat yang diperlukan untuk nama pelanggan dan nombor telefon.
Input lain seperti e-mel, tarikh lahir, alamat dan maklumat tambahan adalah pilihan.

Langkah 3: Sahkan keputusan anda
Anda boleh tekan butang Save untuk menyimpan data baharu ke dalam sistem dan kembali ke skrin pelanggan ATAU
Anda boleh tekan butang Save & Add new untuk menyimpan data baharu ke dalam sistem dan meneruskan proses penambahan untuk pelanggan lain ATAU
Anda boleh tekan butang Close untuk membatalkan proses dan kembali ke skrin sebelumnya.

Kaedah 2 - Menambah beberapa pelanggan
Ini terdiri daripada langkah-langkah utama berikut:
Mulakan proses tambah data
Muat naik fail .xlsx yang mengandungi semua maklumat yang diperlukan
Sahkan keputusan anda
Langkah 1: Tekan butang Import from Excel
Anda boleh tekan butang Import from Excel pada sudut atas kiri skrin untuk memulakan proses penambahan.
Langkah 2: Muat turun fail contoh (pilihan)
Anda boleh memuat turun fail contoh .xlsx yang disediakan dari sistem ke peranti anda supaya anda tidak perlu membuat fail dari awal. Hanya tekan butang Download the sample file dari tab arahan.

Langkah 3: Isikan fail dengan semua maklumat yang diperlukan
Anda perlu memasukkan maklumat yang diperlukan untuk pelanggan dalam fail .xlsx tersebut.

Langkah 4: Muat naik fail .xlsx ke dalam sistem
Anda boleh tekan butang Upload dan pilih fail yang betul dari peranti anda untuk dimuat naik ke sistem MesraPOS.

Langkah 5: Sahkan keputusan anda
Anda boleh tekan butang Save untuk menyimpan data pelanggan baharu ke sistem dan kembali ke skrin pelanggan ATAU
Anda boleh tekan butang Cancel untuk membatalkan proses dan kembali ke skrin pelanggan.

Last updated