Pindahkan produk dengan mencipta tiket penghantaran
Ini terdiri daripada langkah-langkah utama berikut:
Pastikan anda berada di cawangan yang betul
Mulakan proses penciptaan
Pilih produk untuk dipindahkan
Laraskan kuantiti produk yang dipindahkan
Pilih cawangan destinasi
Sahkan keputusan anda
dan tindakan sokongan seperti:
Tukar tarikh pembuatan tiket penghantaran
Tambah nota
Langkah 1: Pastikan anda berada di cawangan yang asal
Anda perlu memeriksa semula bahawa anda berada di cawangan yang betul di mana anda menghantar produk anda. Jika tidak, tekan pilihan dropbox untuk memilih yang betul.
Langkah 2: Tekan butang Create shipping ticket
Anda boleh tekan butang Create shipping ticket pada bahagian atas kiri skrin untuk memulakan proses penghantaran.
Langkah 3: Pilih produk yang anda ingin pindahkan
Anda boleh memilih produk yang ingin dihantar dari cawangan ini melalui invois dengan menekan skrin produk di sebelah kanan.
Langkah 4: Laraskan kuantiti produk untuk dipindahkan
Anda boleh menambah atau mengurangkan kuantiti dengan menggunakan butang tambah (+) atau tolak (-) atau dengan menaip terus kuantiti produk terus di dalam kotak input kuantiti.
Langkah 5: Pilih cawangan destinasi
Anda boleh memilih cawangan destinasi dengan memilih yang betul dari kotak pilihan cawangan.
Langkah 6: Sahkan keputusan anda
Setelah anda memeriksa semula semua maklumat dan memastikan semuanya betul, anda boleh tekan butang Complete untuk menyelesaikan proses cipta tiket penghantaran. Status tiket akan diubah menjadi sedang bergerak kerana ia sedang dalam proses penghantaran.
Jika anda ingin menyimpan semua maklumat yang telah diisi untuk digunakan nanti, anda boleh memilih Temporarily save untuk menangguhkan penyelesaian invois tersebut. Cari status resit sementara untuk melihat invois yang disimpan sementara.
Invois ini boleh dibuka semula dan dilengkapkan pada masa akan datang.