Halaman Utama

Ia menyediakan pengguna dengan pemahaman yang jelas mengenai laman sesawang dan memudahkan pelanggan untuk diarahkan ke kawasan lain di laman sesawang untuk melihat produk dan membuat pembelian.

Identiti perniagaan e-dagang anda

Halaman utama bagi laman sesawang e-dagang biasanya mengandungi kombinasi elemen visual dan teks yang direka untuk memberikan pengalaman yang menarik dan mudah difahami kepada pengguna. Halaman tersebut mungkin menampilkan gambar atau video yang menitikberatkan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan, sejajar dengan menu navigasi yang membolehkan pengguna melayari kategori produk yang berbeza. Halaman utama juga mengandungi bahagian yang memfokuskan produk baharu atau terkenal, promosi atau tawaran istimewa, serta ulasan dan penilaian daripada pelanggan. Selain itu, ia mungkin mempunyai bar pencarian atau alat lain yang membolehkan pengguna mencari produk yang mereka inginkan dengan mudah.

1. Navigasi

Kaedah 1: Akses daripada menu Pembina laman sesawang

Anda boleh mengembangkan tab menu Web builder yang terletak di bahagian kiri dan pilih bahagian Page > Home.

Navigasi pembina laman sesawang
Kaedah 2: Akses daripada cadangan di halaman utama

Anda boleh terus akses paparan halaman dengan menekan Design your pages di halaman utama.

Akses melalui halaman utama

Ciri-ciri

MesraWeb membenarkan and untuk meneroka dan menyesuaikan dalaman utama secara bebas dengan menambah, mengeluarkan, dan menyesuaikan posisi komponen. Anda juga boleh terbit atau nyahterbit seluruh halaman atau mana-mana komponen.

  • Sepanduk (saiz hero)

Sepanduk (Saiz hero)
  • Senarai produk

Penyenaraian Produk
  • Sepanduk (saiz kecil)

Sepanduk (Saiz Kecil)
  • Senarai kategori

Penyenaraian Kategori
  • Senarai artikel

Penyenaraian Artikel
  • Teks

Teks

Komponen konfigurasi bagi halaman utama

Jika anda tidak habis menyunting komponen atau halaman utama, anda tidak dapat menyembunyikan ia daripada muncul dihalaman laman sesawang anda. Status (tidak terbit - terbit) boleh di undur semula mengikut masa yang diberi.

Last updated