Sunting Informasi Kedai
Sunting dan kemaskini logo dan favicon anda
Langkah 1: Muat naik logo dan favicon kedai anda
Untuk memuat naik dan menggantikan logo/favicon lama, arahkan tetikus anda ke logo/favicon semasa sehingga simbol muat naik terpapar dan kemudian tekan simbol tersebut.
Langkah 2: Pilih logo/favicon yang sesuai dan selesaikan proses muat naik
Pilih dan cari dari peranti anda dan muatnaik logo/favicon.

Sunting dan kemas kini informasi kedai anda
Langkah 1: Tekan butang Edit untuk memulakan proses
Untuk memulakan proses tersebut, tekan Edit information pada sudut atas kanan skrin.

Langkah 2: Ubah suai maklumat kedai anda
Ubah suai maklumat kedai anda dan tekan butang Save untuk sahkan perubahan.
Anda boleh mengubah suai:
Nama kedai
E-mel
Hotline
Alamat
Saluran sosial


Semak perubahan anda di paparan langsung
Anda boleh pratonton perubahan anda dengan menekan butang Preview di bahagian atas kanan.


Last updated