Nyahterbit dan Padam Artikel

Nyahterbit artikel

Langkah 1: Tekan butang aktif-nyahaktif

Anda boleh nyahterbit artikel dengan menekan butang suis dari terbit ke nyahterbit.

Langkah 2: Tekan Confirm untuk melengkapkan proses

Anda perlu mengesahkan pilihan anda dengan menekan butang Confirm pada paparan amaran.

Artikel yang dinyahterbit tidak akan terpapar di laman sesawang untuk dibeli tetapi artikel berserta maklumat tidak akan terpadam secara kekal dari pangkalan data sistem. Ianya boleh diterbitkan semula.

Padam artikel

Langkah 1: Tekan pilihan Delete

Anda boleh memadam artikel dengan menekan pilihan Delete setelah menekan butang More action (simbol 3-dot) pada artikel yang berkaitan atau tandakan kotak tanda bagi beberapa artikel untuk memadam artikel sekali gus.

Langkah 2: Tekan Confirm untuk melengkapkan proses

Tekan butang Confirm pada paparan amaran untuk melengkapkan proses memadam artikel.

Langkah 3: Semak hasil anda

Artikel yang dipadam akan dikeluarkan daripada pangkalan data secara kekal dan pelanggan tidak boleh mencari atau memaparkan artikel tersebut.

Last updated