Nyahterbit atau Padam Jenama
Proses menyahterbit jenama
Langkah 1: Tekan butang aktif-nyahaktif
Anda boleh nyahterbit jenama dengan menekan butang suis dari terbit ke nyahterbit.
Langkah 2: Tekan Confirm untuk melengkapkan proses
Anda perlu mengesahkan pilihan anda dengan menekan butang Confirm pada paparan amaran.

Anda boleh nyahterbit jenama dengan menekan pada suis terbit kepada nyahterbit.
Jenama yang dinyahterbit tidak akan terpapar di laman sesawang untuk dibeli tetapi jenama berserta maklumat tidak akan terpadam secara kekal dari pangkalan data sistem. Ianya boleh diterbitkan semula
Proses memadam jenama
Langkah 1: Tekan pilihan Delete
Ada boleh memadam jenama dengan menekan pilihan Delete setelah menekan butang More action (simbol 3-dot) pada produk yang berkaitan atau tandakan kotak tanda bagi beberapa jenama untuk memadam jenama sekali gus.


Langkah 2: Tekan Confirm untuk melengkapkan proses
Tekan butang Confirm pada paparan amaran untuk melengkapkan proses memadam jenama.
Langkah 3: Semak hasil anda
Jenama yang dipadam akan dipadam secara kekal daripada sistem pangkalan data dan pengguna tidak boleh lihat atau meletakkan jenama terebut pada mana-mana produk didalam sistem.
Last updated