Nyahterbit dan Padam Produk

Nyahterbit produk

Langkah 1: Tekan butang aktif-nyahaktif

Anda boleh nyahterbit produk dengan menekan butang suis dari terbit ke nyahterbit.

Langkah 2: Tekan Confirm untuk melengkapkan proses

Anda perlu mengesahkan pilihan anda dengan menekan butang Confirm pada paparan amaran.

Produk yang dinyahterbit tidak akan terpapar di laman sesawang untuk dibeli tetapi produk berserta maklumat tidak akan terpadam secara kekal daripangkalan data sistem. Ianya boleh diterbitkan semula.

Padam produk

Langkah 1: Tekan pilihan Delete

Anda boleh memadam produk dengan menekan pilihan Delete setelah menekan butang More action (simbol 3-dot) pada produk yang berkaitan ATAU anda boleh memilih beberapa produk untuk dipadam sekali gus dengan hanya menanda kotak tanda dan pilih butang Delete.

Padam satu produk

Anda boleh memadam kod diskaun dengan menekan pilihan Delete setelah menekan butang More action (simbol 3-dot) atau tandakan kotak tanda bagi beberapa produk untuk memadam produk sekali gus.

Padam beberapa produk

Langkah 2: Tekan Confirm untuk melengkapkan proses

Anda perlu mengesahkan pilihan anda dengan menekan butang Confirm pada paparan amaran.

Langkah 3: Semak hasil anda

Produk yang dipadam akan dikeluarkan daripada pangkalan data secara kekal dan pelanggan tiadak boleh mencari atau membeli produk tersebut di laman sesawang.

Last updated