Google Analytics

Bagaimana menambah Google Analytics untuk laman sesawang anda

Langkah 1: Pergi ke halaman Google Analytics dan tekan Start measuring.

Langkah 2: Isi maklumat akaun yang diperlukan.

Langkah 3: Selepas anda berjaya mendaftar property, pergi ke tab Admin dan cari Data Stream.

Langkah 4: Tekan pada aliran yang baharu ditambah dan cari View tag instructions di bahagian bawah halaman.

Langkah 5: Pilih tab Install manually dan salin kod yang disediakan dari Google Analytics.

Langkah 6: Tampalkan kod dibahagian Google Analytics di MesraWeb dan tekan Add.

Selepas beberapa jam, Google Analytics akan mula menerima data pelawat yang mengunjungi laman sesawang anda. Kini, anda boleh memantau perkembangan dan metrik di papan pemuka Analytics di Google Analytics.

Last updated