Saluran Integrasi

chevron-rightApakah saluran jualan yang boleh diselaraskan ke MesraCore?hashtag

Buat masa sekarang, anda boleh selaraskan:

  • Akaun penjual Shopee

  • Akaun penjual Lazada

  • MesraWeb

  • MesraCRM

  • MesraPOS

ke MesraCore. Lebih banyak saluran jualan akan tersedia dari semasa ke semasa

chevron-rightBerapa banyak kedai Shopee/Lazada yang boleh diselaraskan ke MesraCore?hashtag

Jumlah kedai e-dagang yang boleh ditambah ke MesraCore bergantung kepada langganan anda:

  • Freemium: 1 Shopee & 1 Lazada

  • Starter: 3 Shopee & 3 Lazada

  • Standard: 5 Shopee & 5 Lazada

  • Pro: 10 Shopee & 10 Lazada

chevron-rightBolehkah saya selaraskan sistem POS & laman sesawang sedia ada ke MesraCore?hashtag

Tidak boleh. Tetapi anda boleh import data sistem POS yang lalu bagi produk sedia ada, pembekal, dan pelanggan ke MesraPOS dan selaraskan ke MesraCore.

Bagi laman sesawang pula, anda hanya boleh mendapatkan domain lama untuk digunakan di MesraWeb dan selaraskan ke MesraCore.

chevron-rightMengapa token Shopee & Lazada saya tamat tempoh? Apa maksudnya?hashtag

Biasanya, token dapat digunakan dalam setahun. Ia merupakan kaeddah yang digunakan oleh platform e-dagang untuk mendapatkan akses ke pembekal perisian bebas untuk mengakses pangkalan data pengguna mereka. MesraCore telah diberi lesen oleh semua platform e-dagang untuk menggunakan token tersebut.

Last updated