Pembayaran
Bolehkah peniaga mengambil pesanan dari media sosial melalui MesraCRM?
Ya. Anda boleh memproses pesanan daripada pelanggan yang menghubungi anda di Instagram & Facebook. Pergi ke Conversation > Chat & comment > Make order dibahagian kanan.
Tetapi, anda tidak dapat menggunakan ciri ini sekiranya anda tidak melanggan pelan Pro kerana barangan yang anda jual di MesraCRM akan diselaraskan dari MesraPOS.
Anda juga tidak dapat menguruskan pesanan dari Shopee. Pelanggan perlu membuat pesanan sendiri dari platform tersebut.
Apakah kaedah pembayaran yang tersedia apabila pelanggan membuat pembelian melalui MesraCRM?
Kaedah pembayaran yang tersedia adalah pindahan bank, di mana pelanggan dikehendaki membuat pindahan pembayaran ke akaun bank penjual, dan Cash on Delivery (COD).
Anda boleh memuat naik bukti pembayaran pelanggan melalui ciri sembang dalam MesraCRM dan anda boleh memproses pesanan dengan menekan Conversation > Chat & comment > Make order dibahagian kanan.
Bagaimanapun, untuk pengalaman pembayaran yang lancar, penjual boleh mengarahkan pelanggan untuk membuat pembelian di MesraWeb atau saluran jualan lain seperti Shopee atau Lazada yang membolehkan pembayaran masa nyata untuk pembelian dalam talian.
Last updated