Asas

Apa yang akan terjadi kepada simpanan data saya setelah 6 bulan?

Data 6 bulan lepas akan dipadam secara automatik di MesraCore (bagi pakej Starter). Anda boleh eksport data dalam jangka masa tersebut. Tetapi, jika anda ingin dapatkan semula data lama, anda masih boleh muat turun data di akaun Shopee dan Lazada anda.

Apa yang akan terjadi selepas saya mencapai pesanan maksimum bulanan bagi langganan semasa saya?

Apabila jumlah pesanan maksimum dicapai, anda masih akan menerima butiran pesanan yang diselaraskan ke MesraCore tetapi anda tidak akan dapat memproses pesanan tersebut. Anda akan diberikan pilihan untuk menaik taraf akaun ke pelan seterusnya. Walau bagaimanapun, anda masih boleh memproses atau sahkan pesanan melalui saluran jualan yang berkenaan contohnya: akaun penjual Shopee & Lazada.

Jika saya naik taraf pelan, apa yang akan terjadi ke kitaran 1 tahun sebelumnya?

Kitaran 1 tahun akan diperbaharui secara automatik mengikut tarikh naik taraf anda.

Last updated