Pembina Laman Sesawang

Berapa banyak templat yang tersedia di MesraWeb?

Sekarang, terdapat lebih daripada 30 templat dengan kategori perniagaan yang berbeza yang tersedia di MesraWeb. Lebih banyak templat akan ditambah dari semasa ke semasa. Anda boleh menggunakan mana-mana templat yang anda suka.

Sekiranya saya mengubah templat laman sesawang, adakah saya perlu menyesuaikan semula semua kandungan untuk laman web saya?

Tidak perlu. Semua data dan kandungan yang anda masukkan akan kekal walaupun anda menukar templat anda. Hanya rupa laman web anda akan sedikit berubah mengikut templat yang baru.

Berapa banyak halaman yang boleh saya cipta di MesraWeb?

Terdapat 6 halaman utama yang anda boleh cipta di MesraWeb iaitu:

  • Halman utama

  • Produk

  • Artikel

  • Trol

  • Pembayaran

  • Pengesanan pesanan

Fungsi yang membolehkan pengguna untuk menambah halaman baharu (kosong) yang boleh disesuaikan ke laman sesawang sedang dalam pembuatan

Adakah MesraWeb mempunyai fungsi atau ciri untuk saya meningkatkan SEO?

Ya. Anda boleh menambah baik kata kunci sasaran dan peluang untuk laman sesawang anda dijumpai oleh enjin carian dengan menetapkan Tag Meta dan Penerangan Meta semasa menulis artikel di MesraWeb.

Last updated