Padam Pembekal

Kaedah 1 - Padam satu pembekal

Proses memadam pembekal mengandungi langkah utama berikut:

  • Pilih pembekal

  • Mulakan proses pemadaman

  • Sahkan keputusan anda

Langkah 1: Pilih pembekal yang ingin dipadam

Anda boleh tekan baris yang mengandungi pembekal untuk membuka tab maklumat dengan butang tindakan.

Langkah 2: Tekan butang Delete

Tekan pada butang Delete disudut bawah kiri pada tab tersebut untuk memulakan proses pemadaman.

Langkah 3: Sahkan keputusan anda

Anda boleh tekan butang Yes untuk sahkan keputusan anda apabila paparan amaran terpapar.

Kaedah 2 - Padam beberapa pembekal

Anda boleh memadam beberapa pembekal dalam masa yang sama dengan langkah berikut:

  • Tandakan kotak untuk memilih beberapa pembekal yang ingin dipadam

  • Mulakan proses pemadaman

  • Sahkan keputusan anda

Langkah 1: Tandakan kotak untuk memilih beberapa pembekal yang ingin dipadam

Anda boleh tandakan kotak untuk memilih beberapa pembekal yang ingin dipadam dalam masa yang sama.

Langkah 2: Mulakan proses pemadaman

Tekan butang Delete pada bahagian atas kiri skrin yang bersebelahan dengan butang Import from Excel untuk memulakan proses pemadaman.

Langkah 3: Sahkan keputusan anda

Anda boleh tekan butang Yes pada paparan amaran untuk sahkan keputusan anda untuk memadam pembekal yang dipilih dari pangkalan data.

Last updated