Masukkan Informasi Pelanggan (Pilihan)

Mengumpulkan maklumat pelanggan boleh membantu untuk rekod kewangan dan perniagaan. Anda boleh memilih pelanggan yang sudah ada dari pangkalan data untuk ditetapkan mereka dengan pesanan ini atau anda boleh mencipta pelanggan baharu untuk ditetapkan pada langkah ini

Pilih pelanggan yang sudah ada untuk ditetapkan kepada pesanan

Langkah 1: Tekan butang customer

Anda boleh tekan butang Customer di sudut bawah kanan skrin untuk membuka tab maklumat pelanggan.

Langkah 2: Cari pelanggan yang telah wujud

Masukkan nama pelanggan yang sudah ada dan pilih dia untuk menetapkan pelanggan dengan pesanan jualan. Hanya pelanggan yang telah ditambahkan ke dalam sistem sebelum proses ini akan ditunjukkan.

Lebih lanjut mengenai cara menambah pelanggan dalam Pengurusan Pelanggan:

Tambah Pelanggan

Cipta pelanggan baharu dan tetapkan kepada pesanan

Untuk pelanggan yang membeli untuk kali pertama, anda boleh menambah mereka dari skrin pemprosesan pesanan.

Langkah 1: Tekan butang Customer

Anda boleh tekan butang Customer di sudut bawah kanan skrin untuk membuka tab maklumat pelanggann tab.

Langkah 2: Tekan butang Add customer

Anda boleh tekan butang Add customer untuk memulakan proses penambahan.

Langkah 3: Isi maklumat yang diperlukan dan cipta pelanggan baharu

Anda perlu mengisi maklumat yang diperlukan seperti nama pelanggan dan nombor telefon dan tekan Save untuk mencipta dan menetapkan pelanggan baharu untuk pesanan ini.

Last updated