Tambah Tab/Sub Tab Baharu

Proses menambah tab/sub tab baharu

Web Store membenarkan anda untuk menambah lebih tab/sub-tab ke pengaki untuk disesuaikan dengan keperluan perniagaan anda.

Langkah 1: Tekan butang Add new tab

Tekan butang Add new tab dibawah senarai tab.

Langkah 2: Pilih jenis kandungan anda

Anda boleh pilih salah 1 daripada 4 jenis kandungan yang anda ingin paparkan di bahagian pengaki.

Teks hiperpautan dalaman akan memautkan tab ke halaman sedia ada yang telah anda bina pada sistem MesraWeb. Teks hiperpautan luaran memerlukan anda untuk menyediakan pautan luaran (URL) untuk sistem MesraWeb yang akan membawa ke halaman tersebut.

Hiperpautan dalaman membenarkan anda memilih mana-mana halaman dari sistem MesraWeb untuk diletakkan di pengaki
Hiperpautan luaran memerlukan anda untuk memasukkan teks di pengaki dan URL tersebut akan membawa pengunjung ke halaman atas talian tersebut

Ikon hiperpautan dalaman akan dipautkan ke saluran media sosial yang telah wujud dalam sistem MesraWeb. Ikon hiperpautan luaran akan meminta anda untuk memasukkan saluran media sosial baharu berserta dengan URL yang membawa ke halaman media sosial tersebut.

Ikon hiperpautan dalaman akan membenarkan anda untuk memilih mana-mana halaman media sosial yang terdapat di sistem MesraWeb untuk diletakkan di pengaki
Ikon hiperpautan luaran memeerlukan anda untuk memasukkan ikon paparan pada pengaki dan juga URL yang membawa pengunjung ke halaman luaran tersebut

Langkah 3: Sahkan keputusan anda

Tekan butang Save untuk menyelesaikan penambahan tab/sub-tab ke pengaki.

Tambah kandungan teks kosong pada pengaki

Hasil

Pengguna boleh pratonton untuk melihan perubahan secara langsung dengan tekan pada butang Preview selepas menyimpan perubahan.

Last updated