Ubah Suai Nama Tab/Sub-Tab

Proses mengubah suai nama tab

Anda boleh mengubah nama tab atau menambah terjemahan Bahasa Melayu ke tajuk Bahasa Inggeris sedia ada supaya apabila anda mengubah bahasa di MesraWeb dari English ke Bahasa Melayu, ia akan:

  • Mengubah nama tab dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu di dalam sistem MesraWeb secara automatik

  • Mengubah nama tab dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu ke laman sesawang secara automatik (akan datang)

Langkah 1: Tekan butang Edit

Untuk mula mengubah suai tab pengaki, tekan butang Edit pada tab yang berkaitan.

Langkah 2: Sunting nama tab

Ubah tab nama secara langsung.

Tekan butang Edit (ikon pen) pada nama tab dibahagian Edit tab dan masukkan nama baharu bagi tab tersebut. Tekan ikon semak hijau untuk menyimpan perubahan atau tekan ikon pangkah merah untuk membatalkan tindakan.

Langkah 3 (pilihan): Tambah terjemahan

Tekan butang Edit translation untuk mula menyunting terjemahan bagi tab semasa. Masukkan terjemahan anda dan tekan Save untuk kemas kini terjemahan tersebut.

Langkah 4: Sahkan keputusan anda

Tekan butang Save untuk melengkapkan proses tersebut.

Hasil

Pengguna boleh melihat perubahan tersebut terpapar di laman sesawang sistem MesraWeb.

Terjemahan bahasa dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu sedang dalam penambahbaikan.

Last updated