Batalkan Pesanan di Lazada

Pra-syarat

Pesanan daripada Lazada perlu disegerakkan ke Centralised Distribution dan status pesanan haruslah Pending.

Proses pembatalan

Proses pembatan untuk pesanan Lazada di Centralised Distribution mengandungi 3 langkah iaitu:

  • Pilih pesanan

  • Mulakan proses pembatalan

  • Batalkan pesanan

Langkah 1: Pilih pesanan untuk diproses

Tekan pada senarai pesanan dan pilih pada pesanan yang anda inginkan untuk pergi ke halaman butiran pesanan.

Langkah 2: Semak butiran dan mulakan batalkan pesanan

Selepas anda sahkan informasi adalah benar, pilih Cancel order daripada kotak Actions untuk memulakan proses pembatalan.

Sekiranya anda yakin dengan butiran pesanan yang betul, anda boleh memulakan proses pembatalan dengan tekan pada pilihan Cancel order (selepas tekan pada butang 3 dot) pada baris di senarai pesanan. Hasilnya sama seperti pada langkah 2.

Langkah 3: Sahkan keputusan anda

Anda boleh masukkan nota penjual (pilihan) dan tekan pada Confirm untuk membatalkan pesanan. Status pesanan akan berubah daripada Pending kepada Cancelled, maksudnya pesanan pelanggan ini telah berjaya dibatalkan oleh anda dan sebarang proses lanjut di sistem Centralised Distribution tidak akan dapat dilakukan.