Pesanan daripada MesraWeb telah disegerakkan ke MesraCore dan status pesanan adalah Pending.
Proses pengesahan
Proses pengesahan bagi pesanan MesraWeb di MesraCore memerlukan 4 langkah ini::
Pilih pesanan
Mulakan proses pengesahan
Sahkan pesanan
Cetak Waybill
Langkah 1: Pilih pesanan untuk diproses
Tekan pada baris di senarai pesanan yang mengandungi pesanan yang anda mahu sahkan untuk pergi ke halaman butiran pesanan.
Langkah 2: Semak butiran pesanan dan mula sahkan pesanan
Selepas anda sahkan semua informasi adalah tepat, tekan pada butang Confirm (simbol anak panah atas) bagi memulakan proses pengesahan.
Jika anda yakin dengan butiran yang betul, anda boleh sahkan pesanan dengan cepat dengan hanya tekan pada butang Confirm pada baris yang mengandungi senarai pesanan. Hasilnya sama seperti pada langkah 2.
Langkah 3: Sahkan keputusan anda
Anda boleh masukkan nota penjual (pilihan) dan tekan Confirm untuk memproses pesanan. Status pesanan akan berubah daripada Pending kepada Ready to Ship, bermaksud pesanan pelanggan telah berjaya disahkan dan sedia untuk dihantar.