Tukar Status Pesanan di Web Store

Bagi penghantaran sendiri, penting untuk anda menukar status pesanan secara manual. Ini amat penting bagi rekod perniagaan dan metrik kewangan anda.

Pra-syarat

Status pesanan Web Store tidak boleh ada status Pending.

Proses tukar status pesanan

Langkah 1: Pilih pesanan untuk diproses

Tekan pada senarai pesanan yang mengandungi pesanan yang anda mahu lakukan tindakan untuk pergi ke halaman butiran pesanan.

Langkah 2: Semak butiran dan mulakan penukaran status pesanan

Setelah anda pastikan informasi yang dimasukkan adalah benar, tekan pada butang Confirm (simbol anak panah atas) untuk memulakan proses pengesahan.

Sekiranya anda yakin dengan butiran pesanan yang betul, anda boleh pilih tindakan tukar statu dengan tekan butang pilihan Change status order (selepas tekan butang 3 dot) di senarai pesanan. Hasilnya akan sama seperti langkah 2.

Langkah 3: Sahkan keputusan anda

Anda perlu pilih status baharu untuk pesanan ini dan tekan Confirm untuk tukar. Status pesanan akan berubah daripada Ready to Ship kepada sama ada Completed, Failed atau Other, maksudnya anda sedia maklum bahawa pesanan ini berjaya dihantar kepada pelanggan, gagal dihantar kepada pelanggan atau lain-lain.

Before changing status

Hasil

Status pesanan baru sahaja ditukar daripada Ready to Ship kepada status yang telah dipilih iaitu Completed.

Anda boleh mengulangi proses dan menukar status pesanan yang Completed kepada Failed atau Other sekiranya penukaran pertama anda tidak sesuai.