Pesanan Penghantaran 3PL
Pra-syarat
Anda perlu mengintegrasikan sekurang-kurangnya satu rakan penghantaran di tetapan ini.
Pesanan daripada MesraCRM telah disegerakkan ke MesraCore dan status pesanan adalah Pending.

Proses pengesahan
Proses pengesahan bagi pesanan MesraCRM di MesraCore memerlukan 4 langkah ini:
Pilih pesanan
Mulakan proses pengesahan
Sahkan pesanan
Cetak Waybill
Langkah 1: Pilih pesanan untuk diproses
Tekan pada baris di senarai pesanan yang mengandungi pesanan yang anda mahu sahkan untuk pergi ke halaman butiran pesanan.
Langkah 2: Semak butiran pesanan dan mula sahkan pesanan
Selepas anda sahkan semua informasi adalah tepat, tekan pada butang Confirm (simbol anak panah atas) bagi memulakan proses pengesahan.

Langkah 3: Masukkan informasi yang diperlukan dan sahkan keputusan anda
Anda perlu mengisi informasi yang diperlukan seperti kaedah penghantaran, tarikh, dan tempoh masa untuk pembekal penghantaran mengambil barangan. Kemudian tekan Confirm.


Langkah 4: Cetak Waybill (Pilihan)
Panduan untuk mencetak Waybill boleh didapati di:
Cetak WaybillLast updated