Pesanan Penghantaran Sendiri

Pra-syarat

Pesanan daripada MesraCRM telah disegerakkan ke MesraCore dan status pesanan adalah Pending.

Proses pengesahan

Proses pengesahan bagi pesanan MesraCRM di MesraCore memerlukan 4 langkah ini:

  • Pilih pesanan

  • Mulakan proses pengesahan

  • Sahkan pesanan

  • Cetak Waybill

Langkah 1: Pilih pesanan untuk diproses

Tekan pada baris di senarai pesanan yang mengandungi pesanan yang anda mahu sahkan untuk pergi ke halaman butiran pesanan.

Langkah 2: Semak butiran pesanan dan mula sahkan pesanan

Selepas anda sahkan semua informasi adalah tepat, tekan pada butang Confirm (simbol anak panah atas) bagi memulakan proses pengesahan.

Jika anda yakin dengan butiran yang betul, anda boleh sahkan pesanan dengan cepat dengan hanya tekan pada butang Confirm pada baris yang mengandungi senarai pesanan. Hasilnya sama seperti pada langkah 2.

Langkah 3: Sahkan keputusan anda

Anda boleh masukkan nota penjual (pilihan) dan tekan Confirm untuk memproses pesanan. Status pesanan akan berubah daripada Pending kepada Ready to Ship, bermaksud pesanan pelanggan telah berjaya disahkan dan sedia untuk dihantar.

Sebelum pengesahan dilakukan
Selepas pengesahan dilakukan

Langkah 4: Cetak Waybill (Pilihan)

Panduan untuk mencetak Waybill boleh didapati di:

Cetak Waybill

Hasil

Kini, status penghantaran telah berubah kepada Ready to Ship, pesanan ini tidak boleh disahkan lagi.

Last updated