Kata Kunci Tidak Selamat

Senarai kata kunci tidak selamat adalah alat penting untuk memastikan semua interaksi pelanggan dalam sistem CRM adalah sesuai, profesional, dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang berkaitan

Kepentingan kata kunci tidak selamat

  • Mencegah bahasa yang tidak sesuai: Dengan menghalang atau memberikan tanda kepada kata-kata yang berpotensi mengandungi unsur-unsur yang tidak sepatutnya atau tidak sesuai, senarai kata kunci yang tidak selamat dapat membantu memastikan interaksi pelanggan tetap menghormati dan profesional.

  • Melindungi reputasi jenama: Bahasa atau kandungan yang tidak sesuai dalam interaksi pelanggan boleh merosakkan reputasi syarikat dan menghalang pelanggan barpotensi daripada melakukan urus niaga dengan mereka.

  • Kepatuhan dengan peraturan: Bergantung pada industri atau kawasan geografi, mungkin ada peraturan atau undang-undang yang memerlukan sesetengah bahasa atau kandungan dihalang atau ditanda.

Anda boleh navigasi ke Setting > Unsafe keyword untuk menguruskan senarai kata kunci yang tidak selamat anda.

Ciri-ciri

Kata kunci tidak selamat membenarkan anda untuk:

  • Menambah frasa baharu ke dalam senarai kata kunci yang tidak selamat

  • Mengubahsuai frasa

  • Memadam frasa daripada senarai kata kunci tidak selamat

Last updated